PELAJARAN (1)4 JANUARI 2011
KUIH BAKAR KENTANG
Bahan-bahannya :
4 cwn tepung gandum
2 biji ubi kentang direbus
5 cawan santan pekat
1 ½ cawan gula
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam
3 biji telur
Cara-caranya :
1. Ubi kentang direbus dan dikisar dengan santan
2. Masukkan telur dan kisar lagi hingga sebati
3. Masukkan gula dan campurkan dengan tepung, garam dan pewarna
4. Sapu loyang dengan sedikit minyak dan masukkan adunan tadi
5. Bakar adunan hingga masak
6. Jika suka taburkan dengan bijan
bubur asyura
PELAJARAN 3 18 JANUARI 2011
MURTABAK ROTI
Bahan – bahannya :
1 buku roti
4 biji telur
2 cawan susu sejat / segar UHT
Secubit garam
Untuk inti :
200 gm isi ayam dikisar
2 biji ubi kentang di potong dadu
2 batang lobak sedang potong dadu
2 labu bawang besar dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili merah / hijau dicincang
1 peket rempah beriani / kurma
Cara membuat inti :
1. Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan rempah, isi ayam, lobak, kentang.
2. Bila empuk masukkan garam , serbuk perasa, bawang dan lada
3. Masak hingga kering dan sejuk
4. bahagikan inti kepada 4 bahagian
5. Atur roti dalam loyang dan taburkan inti daripada 1 bahagian. Buat 5 lapis
6. Telur dikacau dengan susu dan garam. Curah atas roti yang dilapis tadi
7. Bakar 150c 30 minit api atas bawah, 15 minit api bawah sahaja. hingga roti agak garing