Rabu, 7 Mei 2014

Ujian dari Allah

         Alhamdulillah selepas 3bulan akhirnya semangat saya semakin kuat untuk menghadapi ujian dariNya..kalau dulu bukan kata semangat tp rasa segala keindahan hidup ini telah tiada dan suram semuanya..Syukur kerana disaat-saat gentir itu suami dan keluarga banyak bagi semangat..

          Dah 3minggu saya sudah boleh tinggal dengan orang lain selain suami contohnya anak dan jiran saya. Kalau dulu sentiasa berkepit ke mana sahaja hinggakan suami saya setiap masa memerhatikan kelakuan saya yang kadang kala tak tentu arah..

          Sejak saya duduk kat rumah kawan sementara tunggu suami balik makan tengahari saya mula ikut jiran saya itu ke masjid. 1minggu sekali program tu tapi saya rasa terisi masa. Semalam datang lagi jiran yang bagitau kat masjid lain ada juga kuliah agama. Saya pun terfikir kalau setiap pagi menghadiri kuliah agama saya tidak perlu lagi menumpang di rumah jiran dari pagi hingga tengahari sebab saya dah ada tempat lain untuk menumpang iaitu surau dan masjid..

          Itulah rahsia Allah atas sesuatu ujian yang diberikan kepada hambanya adalah supaya hamba itu tidak lupa suruhanNya. Saya bersyukur kerana diberi petunjuk dan hidayah..Insyaallah saya akan perbaiki segala kelemahan saya selama ini..


           Sekian coretan untuk kali ini..semoga pembaca juga diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah..Mungkin caranya berbeza..
         

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan