Khamis, 4 Oktober 2012

RUMAH SENDIRI VS RUMAH BARU

Assalam semua............lama sangat tak buka blog. Nasib masih ingat passwordnya he3...

Kesedihan meninggalkan kawan2 di Kuantan selepas 3 tahun gelak tawa bersama mereka. lepas tu pula group bisnes baru nak berkembang selepas 8 bulan menuntut ilmu dari Diamond Harun dan Murni. Memang seronok sanagt bila diingat masa tu tapi aku percaya ada hikmah disebaliknya..

Selepas 1 bulan berpindah baru dapat sesuaikan diri. Jumpa kawan baru yang terdiri dari peniaga2 nasi lemak, pemilik2 kedai kosmetik, tauke bas sekolah dan lain2 la tapi belum jumpa yang betul2 serasi. Setakat ni cuma hai2 bye2 je. Bukan senang nak jumpa kawan yang boleh dibuat kawan.

Duduk di sini tak sunyi sebab dikelilingi anak2 saudara yang umur 9, 5 dan 2 tahun..Hari cuti bawa mereka pergi jalan2. Seronok tau bila tengok mereka ketawa.

Bila pindah ke sini ramai yang tanya 'duduk rumah sendiri ke?', jawapannya 'ya'. Memang seronok duk rumah sendiri sebab boleh buat macam2. Nak cat warna apa2pun orang tak marah..nak hias rumah bentuk macammanapun orang tak boleh komplen. Kalau duduk rumah orang kita tak boleh nak ubah2 bentuk rumah tu.

Rumah ni suami beli tahun 2000. Habis bayar 2025. 1 bulan bayar rm679. Lagi 13 tahun nak habis bayar. Bukan macam kereta 7 tahun dah settle. Kalau ada duit boleh tukar kereta baru tapi rumah ni tak boleh tukar2. Kena jual dulu baru boleh beli rumah lain. Kalau perlu lah. Kemahuan melebihi kemampuan atau ayat lain 'biar papa asal bergaya'. Harap2 aku tak macam tu.

Itu saja cerita untuk kali ini...