Rabu, 22 Februari 2012

AMWAY ( upline MURNI DAN HARUN)

Cerita terbaru sekarang aku dikenalkan dengan AMWAY, sudah 36 tahun di Malaysia. Ceritanya kawan suami masa sama2 belajar di sekolah Teknik Melaka call abang bagitau dia ada kat Kntn hantar anak belajar kat UIA. Dia nak datang rumah. Masa tu aku tak sihat, lelah dan demam so suami cakap lain kalilah sebab aku tak sihat.1 minggu lepas tu call lagi cakap nak jumpa cerita hal bisnes. Suami pun jwb 'ok' sebab kalau dia nak masuk tender abang boleh tolong. Aku pun ikut sekalilah sebab kawan kawan abang tu perempuan tapi dia datang bersama suami.

Masa jumpa tu aku baru baik demam tp badan masih lemah. Kawan abang yang nama Murni ni tanya aku macam2 la aku pun jawab. Orang tak sihat kan jadi mood pun kurang sihat. Anak pula meragam nak tidur. Masa abang hantar anak balik rumah dia pun cerita pasal Pressure cooker 7in 1. Macam2 boleh masak dalam tu. Nasi dagang, nasi minyak, rebus daging,nasi impit,pggg ayam dll. Aku dengar je la. masa nak balik dia minta no h/phone.

Cerita tu tak berakhir di itu. Selang beberapa hari kak Murni call dan sms suruh kumpul kawan2 utk buat demo. Aku jawab 'nanti lah'. Kali ke 2 dia call n sms aku rasa tak sedap pula sebab dia berungguh2 kan. Tak baik hampakan harapan orang so aku pun dengan berat hati sms kawan2 kot2 berminat nak belajar buat nasi dagang. Biasa la kawan bukan semua suka tapi dalam tak suka dapat kumpul 3orang. Aku pun mesej kak Murni dan dia jawab 'sikit pun tak apa'.

bersambung............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan