Rabu, 22 Februari 2012

Kelas la pula...

Selepas demo kat rumah kak Pah, upline kak Murni suruh pergi meeting AMWAY setiap isnin kul 8.30-10.30 malam. Aku saja2 tanya suami. Dia bagi izin dan sanggup jaga anak. 6hb Febuari kali pertama menjejaki kali ke kelas. Seronok juga. Dengar macam2 pengalaman dari pengguna. Malam tu aku tumpang kak Pah. Aku tak berani drive sebab mata silau.

Sejak hari tu, setiap minggu aku akan pergi kelas. Setiap minggu cerita pasal vitamin, produk terbaru dan promosi bulanan. Untuk Febuari, beli 5 botol vitamin boleh beli COOLER BOX dengan harga rm19.90. Setakat ni dah 2 biji aku layak beli. Promosi lain beli Blender 4x bayar percuma teko vantage.

Aku tak beli sebab nak habiskan bayar periuk dulu. kalau semua beli botak pula kepala suami he3...gambar takde harap maaf. Lain kali ye...

Demo demo demo

Beberapa hari selepas demo yang pertama jiran tanya 'jadi ke masak Nasi Dagang?' Aku jawab jadi. Dia tanya 'masak apa lagi?' Aku jawab la sebenarnya kawan tu datang nak demo periuk bukannya masakan. Jiran tu terus tanya macam2 la dan aku cerita. Dia pun jawab ' kenapa tak cakap demo periuk?' Aku jawab nanti orang tak nak beli. Jadi aku cakap demo Nasi Dagang je.

Tengok dia macam teruja je aku pun cerita la harga dan boleh bayar kali. Dia jawab jap lagi dia ajak kawan datng rumah. Masa dia datang aku tunjuk la periuk tu. Aku memang letak atas meja sebab nak bawa g Segamat. Tunjuk katalog dan lain2. Dia tak puas hati sebab tak tengok cara guna jadi aku pun tetapkan tarikh untuk buat demo lagi sekali.

2hb Febuari, aku berjaya kumpul 7orang. kali ni extra masak ayam panggang. Basic masak Nasi Goreng dengan beras bukan dari nasi sejuk dan mihun goreng tanpa rendam. Alhamdulillah demo berjaya. 4 orang kawan2 beli termasuk kak Pah yang mula2 datang demo masa pertama kali buat.

Demo tak berakhir di situ. 1 minggu kemudian kak Pah pula nak buat demo kat rumah dia. Kali ni kawan2 dia pula yang datang. 2x demo kt rumah dia. Ramai juga yang beli. Alhamdulillah rezeki kawan2.

Baru ni kak Pah ajak demo ke rumah kawan dia, Datin. Memang berdebar juga sebab kami ni baru belajar tapi alhamdulillah berjaya. Datin tu beli 1. Itulah permulaan kami belajar buat demo sendiri tanpa bantuan upline. Sebenarnya masa tu upline di Melaka anjurkan seminar. Nak tak nak terpaksa la demo sendiri.

Bersambung...........

Langkah Pertama bersama AMWAY

mmmmmmm ...macammana kawan2, boring ke dengar cerita aku tentang MLM ni? Setakat ni itu je cerita yang aku ada nak kongsi so kita teruskan ye...

16 januari 2012, seperti yang dijanjikan kak Murni dan Abg Harun datang ke rumah. Terus ke dapur dan mula bercerita tentang Pressure Cooker 7 in 1. Kawan aku kak Pah teruja sangat. Mana taknya cepat masak guna periuk tu. Dia pula anak ramai kadang2 tak terkejar nak buat kerja rumah.

Menu pertama kak Murni ajar goreng mihun tanpa rendam. Cuci je. 5minit dah siap. Menu ke2 nasi minyak dan diikuti nasi goreng. Dah siap demo dia buat keluar pula vitamin. Aku memang suka makan vitamin dan ubat2 tapi kali ni tak teruja sangat nak beli.

Selepas kawan2 tadi dah balik abang pun balik dari bandar. Kebetulan kak Murni belum balik so kak Murni pun cerita la pasal vitamin2 tadi. Abang pun tak tau nak beli ke tak. Aku tanya dia, dia tanya aku. Periuk pula aku jawab 'nanti la dulu'.

Tak mahu memanjangkan cerita, aku dan abang beli Double x yang mengandungi mineral,sayuran dan multivitamin dalam 1 bekas berharga rm150 tambah kalsium rm53. Terbang lah duit rm200 hari tu.

Selepas kak Murni balik aku dan abang terus makan vitamin tu. Dah beli kan jadi makan je la. Sambil2 tu aku duk berkira2 nak beli ke tak periuk tu. Aku memang berkeras taknak ambik sebab aku ni bukan kaki masak. Nak makan pun susah he3..sebab tu badan aku kering..

Nak dijadikan cerita 20hb aku dan keluarga nak g Segamat. Rombongan meminang. Adik beradik 6 + mak + ipar + anak buah dah berapa orang. Kawan lagi sebuah kereta. Tu dari Kuantan belum campur kawan dan sepupu dari pasir Gudang. Plan nak tidur homestay 2 hari tapi mak cakap banyak badget tu. Sewa homestay 1 hari 200, 2 rumah 400 tapi dapat diskaun jadi bayar 2 rumah 300. Fikir nak makan lagi. Faham2 la ramai. kalau masuk kedai $$$$$$$.

Dari situ lah baru terbuka hati nak beli periuk tu. Ia boleh menggoreng, merebus,mengukus dan lain2. Aku pun berkira2 la harga. Kak Murni kata boleh bayar kali. Aku pun terus order. Esoknya kak Murni datang dan aku terus sign up jadi ahli Amway....  

bersambung..........

AMWAY ( upline MURNI DAN HARUN)

Cerita terbaru sekarang aku dikenalkan dengan AMWAY, sudah 36 tahun di Malaysia. Ceritanya kawan suami masa sama2 belajar di sekolah Teknik Melaka call abang bagitau dia ada kat Kntn hantar anak belajar kat UIA. Dia nak datang rumah. Masa tu aku tak sihat, lelah dan demam so suami cakap lain kalilah sebab aku tak sihat.1 minggu lepas tu call lagi cakap nak jumpa cerita hal bisnes. Suami pun jwb 'ok' sebab kalau dia nak masuk tender abang boleh tolong. Aku pun ikut sekalilah sebab kawan kawan abang tu perempuan tapi dia datang bersama suami.

Masa jumpa tu aku baru baik demam tp badan masih lemah. Kawan abang yang nama Murni ni tanya aku macam2 la aku pun jawab. Orang tak sihat kan jadi mood pun kurang sihat. Anak pula meragam nak tidur. Masa abang hantar anak balik rumah dia pun cerita pasal Pressure cooker 7in 1. Macam2 boleh masak dalam tu. Nasi dagang, nasi minyak, rebus daging,nasi impit,pggg ayam dll. Aku dengar je la. masa nak balik dia minta no h/phone.

Cerita tu tak berakhir di itu. Selang beberapa hari kak Murni call dan sms suruh kumpul kawan2 utk buat demo. Aku jawab 'nanti lah'. Kali ke 2 dia call n sms aku rasa tak sedap pula sebab dia berungguh2 kan. Tak baik hampakan harapan orang so aku pun dengan berat hati sms kawan2 kot2 berminat nak belajar buat nasi dagang. Biasa la kawan bukan semua suka tapi dalam tak suka dapat kumpul 3orang. Aku pun mesej kak Murni dan dia jawab 'sikit pun tak apa'.

bersambung............

Sabtu, 18 Februari 2012

MLM

Assalamualaikum...Selamat pagi semua. Bukan setiap hari kita ada mood menulis kan? Bila dapat je idea mesti kena cepat2 luahkan di blog. Bukan apa, takut lupa akan ayat2 yang power tu.

Aku teringat mula 2 terjebak dalam bisnes MLM ni. Pertama sekali REVELL. Masa tu aku duk Labuan. Kawan yang perkenalkan tu orang kedai dekat rumah aku. Dia datang dengan suami malam kebetulan suami aku takde kat rumah.

Mula2 sekali apa dia buat? Keluarkan barang2. Aku tengok je la. Kemudian dia demo 1 persatu barangan seperti sabun dan lain2. Macam aksi silap mata mesti kita seronok dan teruja kan? Aku pun joint ahli dan guna barang dia. Ok lah.

Tak lama kemudian dia datang lagi cerita kalau nak jadi stokis pula. Modalnya cukup murah dan aku memang mampu la. Dalam fikiran ni kalau tak dapat jual kat orang guna sendiri pun ok. Yang penting dapat bonus. Siapa2 pun kalau dengar bab bonus memang suka la kan.

Masa joint Revell aku tak ramai kawan. Maklumlah baru pindah dari Bentong dan anak baru 2 tahun masa tu kalau tak silap la. Jadi customer tetap aku sorang je. Setiap bulan dia order sabun. Itu pun dah cukup suka. Suami aku pula amalkan minum mineral. Badan dia memang sihat  dan cergas la sebab dia aktif main bola. Jadi dia akan cari mineral ni kalau badan rasa lemah.

Sekejap je buat revell ni sebab upline aku pindah ke Kota Kinabalu. Bila dh takde tulang belakang semua tulanglah takde kan so aku berhenti.

Tak lama lepas tu aku terbaca kat internet tentang jual TOP UP PREPAID. Apalagi aku pun joint lah sebab mudah jual ni. Orang yang takde duit pun akan beli kan? Lama juga la buat ni. Ramai budak sekolah yang beli tapi untungnya sikit. Kalau RM10 untung baru 10-20sen tapi seronok. Suami pun suka tengok aku berniaga ni sebab katanya kita tolong orang he3...Sebab malam2 pun orang cari kita. Aku berhenti sebab pindah ke Kuantan. Sambil2 tu aku jadi ahli DCL. Guna sendiri je.

Masa di Kuantan aku tengok kat internet tentang ONION PAD. Kebetulan cikgu kat sekolah anak jual jadi terus aku jumpa dia dan jadi ahli. Laku juga lah tapi tak semua orang nak beli sebab mahal so aku berhenti.

Tak lama lepas tu aku tengok kawan beli GULA STEVIA. Elok untuk orang kencing manis dan yang nak diet. Aku pun tanya dan kebetulan orang yang jual tu cikgu sekolah anak juga tapi cikgu lelaki. Dia bagi rasa, cerita dan lain2. Mula2 tak berminat tapi lepas tu bila dengar maklumbalas yang positif dari kawan 2yang mencuba aku pun sign up jadi ahli. Laku juga la. Untung dekat 1k. Macam2 la aku beli. Jual ni memang seronok sangat. Kawan2 pula bagi support lagi la bersemangat.

Produk ni tak bertahan lama sebab keluar produk lain pula iaitu BEAUTIFUL. Tak silap Febuari tahun lepas. Ceritanya macam ni. 1 hari kawan call tanya 'ko nak mengandung tak'? Aku jawab 'kenapa'? Dia jawab 'datang rumah'. Aku pun g la. Dia keluarkan tali inci dan jeng jeng jeng...bengkung. Seluar, bahagian perut dan bahagian dada (bra) .3 set. Dia pakaikan sebab ketat gila. Bila pakai sedap pula. Bila tanya harga dia jawab 'pakai la dulu'.

Mula2 pakai aku lelah. Tak lama lepas tu aku aku period. Eh kenapa tak segugut pula kali ni? Sejak tu aku terus beli lah. Harganya...mahal gila. Kalau nk jual kat orang biasa memang orang taknak punya. Boleh bayar rm200 1bulan tapi aku bayar cash sebab ada less masa tu dan kebetulan dapat duit kutu.

Mula2 rajin la pakai tapi bila ikut abang outstation aku jadi malas nak pakai sebab time nak buang air memang susah sangat. Nak buka bukan main ketat. Nak kena lentok2kan badan pula. Dah macam ular aku rasa ha5...Aku pun berhenti pakai seluar cuma pakai yang kat perut dan bra. ekarang ni jap pakai jap tidak. Ikut mood.

Untuk cerita terbaru dan seterusnya tunggu..................

Ahad, 12 Februari 2012

Hari yg memenatkan tp syok...

Apa khabar kwn2 hari ni? Mesti duk melepak dpn tv je kan xpun g jln2 window shoppg. Nk shoppg fhm2 la tgh bulan ni..mcm aku jg he3...

Aku nk cerita pasal aktiviti smlm yg memenatkan. Bangun subuh 6.30pg, kul7 dh masuk dapur buat roti jala tempahan dri kwn 1kg. 9.30pg kwn cl mnta tlg sbb hari ni dia nk buat demo PRESSURE COOKER kt rmh dia. Aku mnta maaf byk2 sbb x dpt tlg apa yg patut sbb aku tgh menjala. Dapur pl 1 jd 1jam mjala dpt 65kpg. bese 2 dapur tp rosk pl. Klu ikutkn penat mls nk buat tp pelanggan tetap kn..

Kul10 aku stop mjala sbb 10.30pg aku kna g rmh kwn td, Kak Pah utk follow up dia. Dia kn downline amway aku yg aktif dan jg kwn baik. 10.30pg upline aku Kak Murni mpai ke rmh Kak Pah dia yg buat demo. Kitaorg ni baru lg jd smbil tgk smbil catat. Next time kna buat demo sndiri la pl xkan nk hrp upline je. Dia pn byk keje nk buat..

Mknn yg kami msk ialah AYAM PANGGANG, MIHUN GRG, NASI DGG, KAMBING BAKAR N PULUT KUNING.



NASI DAGANG DAN KAMBING BAKAR lupa nk snap gmbr. Rasa kecewa jg. Masa tu duk leka dgr upline Kak Murni cerita psl vitamin.

Kul2 ptg abg call suruh balik sbb kwn dari Bentong nk datang. Sampai rmh aku kupas bwg n potng ayam kecik2. Ingt nk masak mihun untuk tetamu. Tengah borak2 tu aku celah lah psl PRESSURE COOKER ni. Aku pn tanya nak tengok tak demo? Dia jwb nak. Aku pn tunjuk la cara grg mihun 5minit. Nampak mcm berminat tapi dia ckp banyak nk guna duit bulan ni nak masuk rmh baru.

Jam dh menunjukkan kul4. Aku janji dgn kwn nk g rumah dia kul2.30 sbb nk demo periuk. Dia pun dh siap perap ayam n sediakn bhn2 mihun. Sian dia lama tggu. Smpai rmh dia kul5 lbh sbb jauh. Masa on the way 2 aku nmpak kwn lg sorg tgh jln kaki menuju ke rumah yg sama. Baru balik keje katanya.

Aku pun terus la masak ayam n grg mihun. Kena cepat sbb abang nk g masjid takut dia marah pula. Kul6.45 abg dtg ambik. Masa 2 tengah mkn. Bkejar2 jg la. Faham2 la org laki ni bukn suka tggu lama2. Dia dh sanggup hntr 2 dh kira ok.

Ni lah ayam yang aku bakar guna PRESSURE COOKER. Cantikkan. Aku ni tak pandai ambik gambar jd mcm tu la hasilnya ...


Walaupun hitam di makan manis....

Rabu, 8 Februari 2012

Demo Masakan

As salam....sejak akhir2 ni aku sibuk sikit dgn demo PRESSURE COOKER 7IN1. Kali pertama upline dtg demo pd 16jan.Bermula dari situ lah aku sibuk mcari kwn2 yg berminat utk tgk demo berkenaan. Tak beli pe asal kita dpt bkongsi ilmu. Bukan semua org mampu kan jd bulan ni boleh byr ansur.

Kali ke2 demo pd 2/2 baru ni di rumah aku jg. Kalau kali pertama 3org je yg dtg kali ni 7org. Meriah..Alhamdulillah dpt jual 4biji.







5 menu yg di masak iaitu AYAM PANGGANG 2 ekor, NASI MYK, MIHUN GRG, PULUT N NASI GRG.
 NASI MINYAK
AYAM PANGGANG

MIHUN GRG  tak perlu rendam


Senangkan. Bagi yang selalu g bercuti tu sesuai sgt sbb boleh mudah dibawa. Saya g homestay masak sndiri je utk 14org dewasa n 7 org budak2. jimat belanja n tenaga.