Rabu, 18 Januari 2012

Daging Masak Opor

     Semalam pagi aku try periuk elektrik yg baru dibeli, goreng sosej. ..berjaya. Biasa goreng dalam kuali. Ni saja lah nak try style lain pula he3...Tengahari slps masak nasi dan goreng ayam aku mula memasak Daging Masak Opor. Lambat juga la nk melembutkan dagingnya tu. Masak dalam kuali ataas dapur.

     Tengah memasak abang balik. Buka tudung saji tengok Ayam Goreng je. Dia bukan nak makan kalau lauk kering macam tu,. kurang2 ada sayur. Buat muka juga la. Dia tanya air panas ada tak nak buat maggie. Aku jawab ada dalam flusk. Dia tak dengar agaknya. Last2 dia tengok roti atas meja sambil mengomel nak goreng telur. Aku yang tengah masak ni 'hot' la. Tak boleh sabar ke? Sebelum ni tak macam tu.

     Dapur dah la 1. Lagi sebelah rosak. Bayangkan orang yang hari2 memasak tahan 2 bulan gas tp aku 1 bulan dah habis. Mula2 pelik juga tapi bila dikaji selidik rupanya dapur yang rosak tu mengeluaarkan gas. Hidung aku ni dah jem jadi tak dapat nak bau yang kurang bau. Kalau bau yang kuat tu baru clear he3...

     Selepas makan roti bersama telur mata kerbau dan sosej aku pun mesej kawan yang jual periuk tu tanya cara nak lembutkan daging dengan cepat. Dia cakap masukkan daging tadi dalam Periuk Tekanan Elektrik dan tekan masa 25 minit. Oleh sebab daging tu dah lama atas dapur,aku set 15minit je untuk daging setengah kilo. Jeng...jeng...jeng...hasilnya

DAGING MASAK OPOR

     Ni baru masak. Bila dipanas banyak kali dia kering dan sedap. Dengan selambe aku cakap kat abang 'guna Periuk Elektrik tu baru cepat masak'. Dengan nada 'perli'..

     Lepas ni kalau nak masak daging dah tak payah risau sebab dengan Periuk Tekanan Elektrik ni semuanya cepat....dan tak de alasan lambat masak pula lepaas ni he3...

Pressure Cooker-noxxa 2

    Alhamdulillah kita masih berpeluang utk bsama2 berkongsi cerita di laman maya ini. Wlupun ada antara kita yg lgsung tidak mengenali tapi ilmu tidak mengenal org kan. Cari lah ilmu wlu ke negara China.. Mukadimah utk hari ini he3...

     Semalam cerita pasal Periuk kan. Ni sambungannya....Untuk resepi ke2 kami masak mihun goreng menggunakan Pressure Cooker. Tak payah rendam cuma cuci je mihun tu. Kemudian tumis bawang lada dalam periuk kemudian masukkan mihun bsama sedikit air. Tutupkan dan set 5minit. Hasilnya....


     Menu ke3 ialah Nasi Dagang. Tak payah kukus 2 3x.Cukup 1x je. Muatannya 2kg beras. Baru ni kawan yang ajar tu guna beras wangi. Hasilnya...

Nasi Dagang

     Senangkan guna periuk ni. Kepada sesiapa yang selalu g hotel sesuai sangat beli periuk ni. Boleh menggoreng, mengukus, memanas dll. Kalau nak tau lebih lanjut boleh hubungi saya.

Selasa, 10 Januari 2012

Penat

Hari ni, pagi2 lagi dah masuk dapur. Potong kangkung masak goreng belacan. Lps tu bersihkan sotong yg beli mggu lepas msk sambal, goreng pula ikan tggiri n buat asam pedas tenggiri. Mahalnya ikan tu, rm30 1kg. aku beli 4kpg rm15 kot. Lupa dh mklum lah beli dh 1mggu he3...

Dah siap semua, call kawan kot2 la dia g ambik ank sklh kul 10.30pg. Dia jawab dia kat kedai. Cepat2 suruh belikan santan. Sambil2 tu aku ptg pisang nangka 1 sikat yg dibawa dari kmpung. Ingatkan nak buat kerepek tapi duk tangguh2 jadilah pengat...Nyam3..1st time buat. Sebelum ni tau makan je he3..

Sejak anak masuk darjah4 ni dia sklh pagi.rehat 10.30pg balik 1.05. Kesian dia penat jd setiap pg aku bekalkan dia sarapan. Tak kira la mknn apa asal ada bekal. Pagi tadi goreng nuget dan sosej. Semalam buat cekodok kentang. Esok si ayah yang lebih, order nasi lemak. Aku dh lama tak masak nasi lemak sbb nak masak kena pagi kan? Aku ni tengahari baru masuk dapur, ikut mood...Kena bangun kul6 la esok.

Malam ni nak siang ikan bilis siap2, potong bawang dll. Kawan nak datang tu bolehlah jamu selera he3...