Sabtu, 29 Oktober 2011

Medan 22-25oct2011

Mmmmmmmm...seronok sangat bila pertama kali menjejakkan kaki ke Medan bsama 26org ahli keluarga JKR Mekanikal Kuantan. Fligt dr kli kul8.35 smpai 8.30pg wktu Indonesia. Waktu dia awal sejam dr Msia. Kul6 pg dh cerah tanah.

Smpai ke airport Medan kami sarapan di situ. minta air laici dia isi dlm mgkuk mcm nk mkn sup pl. Anak isi dlm gelas bru dia mnum.

Pjalanan menaiki bas. Tmpt ptama kami singgah ialah kedai telekung. Byk sgt smpai rmbg mata dibuatnya.

Maaf gmbr x dpt di upload. cuma ni yg dpt dikongsi.nti ada ms kita smbung lg ye.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Hari Keluarga JKR Kuantan

Huh...penat betul hari ni. Bukan penat main tp penat gelak tgk telatah Juru acara dan staff JKR. Isteri2 mereka semua sporting. Biasa lah org Pantai Timur semua sporting he3..

Antara Acara yg dipertandingkan ialah
  1. Kepit Belon Celah Kangkng
  2. Baling Dart
  3. Bawa telur kt dahi bsama pasangan
  4. Terompah gergasi
  5. Isi Air Dlm Botol Guna straw (anak dpt no2)
  6. Lari Dlm Guni
  7. Anyam Ketupat Kategori Lelaki
  8. Baling Belon Berisi Air
  9. Jln Kingkong
  10. Tarik Tali
  11. Bowling Pantai guna Kelapa
  12. Bola Tampar Pantai (suami dpt no2)
  13. Pecah Belon kt Perut bsama Pasangan ( dpt no2)

     Acara letak telur mentah kat dahi. Disebabkan takut telur tu pecah jd kami bjalan je. Kalah. Rasa nk buat lagi sekali huhu...
    Aleen dgn kemenangannya mengisi air dlm botol gna straw
    Bersama staff JKR
    Tak sangka pula Aleen boleh buat. Dia ni sebenarnya pemalu.
    Ni perasmian belah betik utk mengira bijinya. Pemenang yg mjawab tepat  mendapat haadiah kipas angin tinggi bharga rm140. Jawapan 651biji tetapi peserta mjawab 650 biji jadi tak layak dan kipas di lelong bharga 100.
    Ni perasmian utk acara tarik tali. aleen suka sgt dpt menekan hon tu dgn ayahnya. 

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cara menjerat Siput babi

Dah lama aku bsabar dgn kehadiran makhluk perosak tanaman aku iaitu siput babi. Tanam cili, halia dimakannya. Lps 2 dh mls aku nk menanam. Bukan x suka tp geram bila pokok 2 bru nk mbesar, tup2 mati. Jeles jg bila tgk gmbr tanaman kwn2. Subur je. Klau pokok cili 2 siap ada buah berambu2. Geramnya.

Nak dijadikan cerita, ptg td aku g rmh kwn hntr apam balik yg dia pesan. Tgk tanaman herba dia menghijau. Aku pun tnya la, siput babi x mkn ke daun2 pokok ni? lantas dia jawab, tak sbb dh habis dia kerjakan.

petuanya, tggu hari malam lebih kurg kul10, nti akan keluar lah siput2 tu utk 'bmesyuarat' jd masa 2 kita tgkap lah n masukkan dlm plastik. Mmmmm terus buang ye, jgn masuk kuali pula he3...

Malam ni pun aku intai2 jg kt atas tnh yg sekangkang kera 2 dlm kul 8. nmpak ada 1 ekor merayap. Biarkan dulu. Ank balik tuisyen kul10 terus dia jenguk kt tanah. Ada 4 ekor duduk dekat2. Aku cedok masuk dlm plastik. Sambil2 intai kt rumput n celah pasu jmpa lg 3 ekor so 7 ekor semuanya.

Esok bolehlah aku tanam pokok ciku n cili yg baru dibeli di psr mlm tadi. Gembiranya hati....Kepada yg ada masalah dgn siput babi, silalah ikut petua ni ye. Tggu hari malam, time 2 mereka bkumpul. Cepat2 tgkap n masuk dlm plastik n buang dlm tong sampah. Slmt bkebun..

Selasa, 11 Oktober 2011

Harijadi Aleen

27 sept yg lepas bday anak saya aleen..di sebabkan masih dlm musim raya jd majlis harijadi skali dgn open house. Tahun ni meriah ckit sbb ramai kwn2 c aleen ni dtg. Tahun lps budak lelaki sorg je yg dtg.
 Menu Pulut Kuning, rendang ayam,nasi impit kuah kcg,mihun, karipap pusing dll. semua mak yg masak..
Bersama nenek yg tepi belah kiri, yg kanan umminya n yg tengah makciknya..

Jamuan Lepas Raya

As salam...apa kbr semua? Dh 2 bulan x buka rumah ni. maklumlah sejak bulan pose hgga ry, bdn kurg chat. Demam, batuk. Bila dh habis ry jd darah rendah, alergic n gastrik pula. Ni baru ceria semula.

Cerita smlm, buat jamuan di Kelas Jahitan KEMAS. Kwn msk Nasi Daging, selain 2 ada yg bw asam gumpal, puding,buah. x banyak menu sbb peserta hanya 6org je.

Peserta Kls jahitan dr kiri: Azizah, Rahmah, Zana, Liza, Wan Suzilawati (saya), ckgu Maimon dan Jamnah.
Masa jamuan ni kitaorg dh bpakat pkai jubah. Aku yg muda ni pertama kali pakai. tu pun dh lama duk dlm almari. kawan beli kt Indonesia. Nk pkai g jln2 x biasa so tggu g masjid bru niat nk pkai tp x g pun masjid buat setakat ni he3..