Ahad, 31 Oktober 2010

Kelas Masakan

Ptg td g kels mskn kt bndr Kuantan.kna byr RM35 utk menu PUDING FRUITY, ROTI COKLAT MIXED FRUIT n ALMOND KEK.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kek Gula Hangus

Bahan A:

1 cawan / 140 gm gula
1 cawan / 150 ml air panas
2 sudu besar mentega

Cara-caranya:
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar
  2. Bila dah cair masukkan air panas.(Hati2 takut ia meletup)
  3. Tutup api dam masukkan mentega

Bahan B

4 biji telur
1 cawan / 100 ml susu pekat manis
1 cawan /85 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:
  1. Pukul telur hingga kembang dan pekat 
  2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
  3. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan tepung dan soda yang telah diayak
  5. Kemudian masukkan gula hangus
  6. Perap adunan ini selama 3-4 jam untuk mendapatkan sarang yang cantik
  7. Bakar 160c, 45 minit api bawah dan 15 minit api atas bawah

Selasa, 26 Oktober 2010