Khamis, 27 Ogos 2015

Bercuti di GRAND LEXIS 26-27/8/15

Assalamualaikum...

Minggu lepas suami bagitau dapat surat meeting kat PD. Mulanya malas nak ikut sebab boring duk bilik je kan. Makan tidur makan tidur..alahai boringnya..siap plan dengan kakak masa suami tak de nanti kami nak buat kek dll..

2 hari lepas suami diberitahu oleh kawannya..bilik hotel yang akan dia inap nanti ada swimming pool.. oh tak pernah lgi dengar dlm bilik hotel ada swimming pool..eh x boleh jadi ni..rasa nak je ikut sebab bukan selalu dapat peluang sebegitu kan..

Semalam 26/8/15 pergi ambik anak kat sekolah dan bawanya bersama ke Hotel Grand Lexis di PD. Jom kita tengok apa yang ada.

Ni biliknya ada 2 katil saiz king..


Ha ni kolam renangnya..dalamnya 4 kaki paras dada


Posing dulu sebelum terjun hihi..


Celup2 tangan dulu..bersambung









Isnin, 24 Ogos 2015

Kisah pertemuan dgn Doktor Blackbelt

Bismillahhirrohmanirrahim...segala puji bagimu ya Allah...
Segala yang berlaku semua atas kehendakmu..

Kerana kehendakmu jugalah..aku berjumpa dengan doktor Rohani dan Doktor Ghazali..Bermula tapak kaki dan tapak tangan gatal2..membawa pertemuan dgn mereka..

Kali pertama jumpa, Doktor Rohani bg ubat makan dan sapu..lbh kurang kul3 ptg Ahad 10 syawal..dh makan ubat x de perubahan. Ptg tu cik abg pula sakit gusi..mlm tu g semula klinik tp kali ni jumpa doktor Ghazali..doc kata ubat aku tu sehari setengah baru ada kesan..

sambil bg rawatan..cik abang minta Doktor Ghazali ubat tahan sakit utk gusinya yg sakit..Pada mulanya Doc ckp ni kena g klinik gigi..lps tu doc pegang muka cik abg dan katanya panas..tu tandanya kuman dah merebak..

Doktor Ghazali suggest cik abg ambik injection utk matikan kuman tersebut selama 3 hari...

cerita akan bersambung part2

Rabu, 7 Mei 2014

Ujian dari Allah

         Alhamdulillah selepas 3bulan akhirnya semangat saya semakin kuat untuk menghadapi ujian dariNya..kalau dulu bukan kata semangat tp rasa segala keindahan hidup ini telah tiada dan suram semuanya..Syukur kerana disaat-saat gentir itu suami dan keluarga banyak bagi semangat..

          Dah 3minggu saya sudah boleh tinggal dengan orang lain selain suami contohnya anak dan jiran saya. Kalau dulu sentiasa berkepit ke mana sahaja hinggakan suami saya setiap masa memerhatikan kelakuan saya yang kadang kala tak tentu arah..

          Sejak saya duduk kat rumah kawan sementara tunggu suami balik makan tengahari saya mula ikut jiran saya itu ke masjid. 1minggu sekali program tu tapi saya rasa terisi masa. Semalam datang lagi jiran yang bagitau kat masjid lain ada juga kuliah agama. Saya pun terfikir kalau setiap pagi menghadiri kuliah agama saya tidak perlu lagi menumpang di rumah jiran dari pagi hingga tengahari sebab saya dah ada tempat lain untuk menumpang iaitu surau dan masjid..

          Itulah rahsia Allah atas sesuatu ujian yang diberikan kepada hambanya adalah supaya hamba itu tidak lupa suruhanNya. Saya bersyukur kerana diberi petunjuk dan hidayah..Insyaallah saya akan perbaiki segala kelemahan saya selama ini..


           Sekian coretan untuk kali ini..semoga pembaca juga diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah..Mungkin caranya berbeza..
         

         

Isnin, 14 April 2014

gangguan misteri

Assalamualaikum...
Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana masih berpeluang untuk menulis di sini.tanpa semangat yang kuat tidak mungkin saya berani berkongsi pengalaman menakutkan yang sayalalui dalam masa 3bulan ini..

Bermula 18/1/2014 bermula detik hitam itu bila diganggu suara yang tiada jasad..sehingga skrg masih lagi berubat..kadang mcm tiada kesudahan sebab sudah jumpa 4org ustaz tp masih tiada perubahan.

Menangis usah cakapla sampai suami nak pergi kerja pun tak senang hati. .nasib bosnya faham dan sentiasa bertanya tentang perkembanganku.

Dipendekkan cerita, pagi tadi bersiap2 naik moto ikut suami hantar anak kemudian pergi ke pejabat untuk punch card. Selepas tu balik rumah dan ikut suami ke kl atas urusan kerjanya.

Masih ada yang tidak fahamkan. .Susah nak saya terangkan satu persatu sebab saya rasa setiap masa saya diperhatikan oleh sesuatu. .mak sudah 3x datang ke ruah untuk menemani saya tapi masih juga ada gangguan sampai dia sendiripun akan rasa meremang setiap kali ambik wuduk dan solat. .

Saya dah panggil ustaz datang kerumah untuk pagar rumah dengan bayaran rm700 tapi




Khamis, 20 Februari 2014

Cadar

Bila mood nak menulis ni dh datang ada je la perkara2 yang boleh mendatangkan marah..contohnya bila nk bluetooh gambar dari hp ke laptop tak boleh. Pelik betul kenapa susah sangat. Tak macam nk bluetooth dari hp ke hp..

Lepas tu bila tulis2 nak terus klik kat tulisan yang salah tu tak boleh..kena la tekan butang yang anak panah ke kiri tu.. klu you all di tempat saya apa you all akan buat...
Mesti setting dah lari tu. Tak tau nak tanya sape.

Ok la sebenarnya nak cerita dah banyak kali kawan di Kuantan promote cadar macam kat bawah ni. Tak pernah tengok live cuma dia upload gambar je. katanya kalau kita bangun tidur cadar tu tk beralih sebab kainnya kemas... 
Siapa yang berminat boleh hubungi saya 017-8303036..

Isnin, 9 Disember 2013

Peminat Alano Losyen

Bukan semua orang boleh mengadap laptop hari-hari semata2 nak kemaskini blogkan? Macam saya la kalau datang mood rajin, 2 3 cerita saya tulis. kalau mood malas 2 3 bulan tak buka blog...

ni nak cerita pasal seorang customer sms saya semalam. Dia tanya saya jual barang AMWAY ke? Saya jawab 'ya' dan tanya ada apa barang yang nak order ke? Dia jawab nak order Alano lotion. Rupanya ramai peminat Alano ye.. 


Nak tahu tak kenapa setengah orang sukakan Alano? Mari saya ceritakan.

  • Losyen badan berasas buih yang unik.
  • Mudah disapu. Tidak comot atau berminyak.
  • Mengandungi Alantoin dan Lanolin - untuk melega dan melembap kulit yang paling kering sekalipun.
Selain itu Alano Losyen juga digunaka pada :
  1. Kulit yang terkena air panas
  2. Kulit yang terkena minyak panas
  3. Kulit yang digigit serangga
  4. Kulit yg luka terkena pisau, terjatuh dll
  5. Kulit yang gatal
  6. Tumit kaki pecah
  7. Ruam pada bayi dan ruam lampin


Sekiranya berminat boleh hubungi saya 017-8303036
Penghantaran sekitar Putrajaya / Puncak Alam / Jerantut dan Jengka.